![]() |
| Gambar Hiasan |
assalamualaikum..
Hari ini, cerita saya berkaitan tentang kaitan antara 'seksi' dan 'aurat'. Sebut sahaja tentang menutup
aurat,pasti pemikiran terus tertumpu kepada insan yang bergelar ustaz,ustazah,
dll yg berkaitan.
Aurat dan seksi adalah dua
perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan
seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan
baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah
perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah
adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.
Tapi pernahkah anda terfikir
bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi
seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?
Disinilah ingin saya sampaikan
satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya
seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada
mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.
Didalam kajian psikologi,
lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup
tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi
sedemikian?
Ini adalah kerana sesuatu yang
sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana
itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang
sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi
selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam
kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.
Cuba kita singkap betapa
komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka
aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan
keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.
Ia sebenarnya adalah konsep
nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali
berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.
Lelaki barat atau bukan Islam
sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan
perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka
berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang
sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.
Konsep Islamophobia sebenarnya
banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita
muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan
menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya
kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.
Sedar atau tidak, seksi yang
ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik
perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu
menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih
meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara
kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.
Tiada bezanya tentang perempuan
yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut,
bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya.
Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi
nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya
perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan
kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah
melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup
aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian,
tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini
serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.
Allah itu Maha Bijaksana.
Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar
untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan
sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama
gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.
Berkasih-kasihan adalah perkara
yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan
tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan
itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab
menjaga maruah dan kecantikan keluarga.
Menutup aurat hakikatnya adalah
iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap
adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu
jahat. Itu adalah hakikat yang benar.
Membuka aurat bukan
menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat
yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati
dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih
lengkap.
Sepertimana makanan yang
terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang
menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat.
Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan
kepada orang untuk menjamahnya.
Usahlah dibangkitkan persoalan
adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah
membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.
Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi
sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu
merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua
yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara
yang salah. Wallahu'alam.Renung-renungkan, dan selamat beramal.....=)
